Suratan atau kebetulan ? Episode 1


SOFEA tergamam melihat reaksi lelaki di hadapannya.  Air matanya sudah tidak dapat di bendung lagi. Suasana restauran yang sibuk dengan mahasiswa-mahasiswi tidak diendahkan.  Kepalanya begitu sarat, hatinya begitu sakit. Ye! sakit yang teramat sangat.  Kenapa ianya harus terjadi?

"Ayah....Ayah....." Sofea cuba bersuara namun terasa ia tersekat di dada.  Lelaki tua yang setia menemaninya itu hanya mampu menganggukkan kepala.  Ternyata lelaki itu turut sama mengalirkan airmata.  Begitu berat dugaan yang melanda anaknya itu.  Mana mungkin dia bisa mendamaikan anak gadis di hadapannya sedangkan dia juga merasa yang sama.  Khabar berita yang baru disampaikan isterinya benar-benar membuatkan hatinya diragut sama.

"Sabar ye nak.. Ayah tahu Sofea sayang dia. Tapi redhakanlah pemergian dia." Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan saat ini.  Dia memegang tangan anak gadisnya.  Tiada ucapan yang terkeluar dari mereka berdua melainkan hanya tangisan yang kedengaran. 

Sofea menunduk dan menangis semahu-mahunya di meja makan restauran itu.  Tubuhnya terasa begitu lemah.  Mengapa ianya terjadi sekarang? Ketika dia jauh di sini.  Hatinya merintih pilu.  alaupun perkhabaran itu belum disampaikan kepadanya. Namun dia sudah memahami maksud air mata yang mengalir di wajah ayahnya saat menjawab panggilan dari ibunya sebentar tadi.

'Abang... kenapa tinggalkan sofi...kenapa bang.....' rintihan itu hanya terluah di hati. Khudratnya untuk berkata-kata sudah hilang.  Hilang bersama insan yang dikasihi telah pergi buat selama-lamanya.  Dia menangis dan terus menangis.  Hanya itu yang dia dapat lakukan saat itu. 

"Sofi... Kuatkan semangat.. Sofi kena tabah..." Encik Idrus cuba memujuk anak gadisnya itu.  Sofea mengankat wajah yang lencun dek airmata.

"Sofi nak balik rumah dulu atau..."

"Sofi nak balik sana Malaysia yah. Please yah..." Dia memintas.

"Sofi nak jumpa Abang Syah.  Please yah.. kali yang terakhir, mungkin Sofi dapat jumpa dia sebelum dia dikembumikan." Tangan Sofi terus memegang tangan Encik Idrus.  Berharap lelaki itu memahami gelodak jiwanya ketika itu.

Encik Idrus terdiam mendengar permintaan itu dan akhirnya menggeleng-geleng kepala.  Ternyata anak gadisnya begitu tertekan.  Mana mungkin mereka akan pulang ke Malaysia. Sedangkan baru sehari mereka menjejakkan kaki ke tanah orang putih itu.

"Sofi... dengar cakap ayah ye. Sofi, kita tak boleh balik.."

"Kenapa tak boleh yah. Kalau tak Sofi call daddy Abang Shah supaya tunggu kita balik sana baru uruskan semuanya." pintas Sofea.  Dia terus meraba-raba beg sandangnya untuk mencari telefon bimbitnya.

"Sofi.. sabar nak.  Biarkan mereka uruskan jenazah Syah.  Kalau balik KL ambil masa sayang.. Malaysia bukan dekat. Tak boleh buat macam tu, kesian kat Syah.  Seelok-eloknya urusan jenazah mesti dipercepatkan." Encil Idrus cuba menenangkan anak gadisnya.  Perbuatan Sofea terhenti.  Matanya memandang wajah Ayahnya.  Dia sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi.  Kata-kata ayahnya ada benarnya. Mana mungkin dia membiarkan keadaan begitu terjadi.  Ya ALLAH... apa yang harus aku lakukan? Tangisnya kembali menjadi.


SOFEA meletakkan segala dokumen di atas meja belajar bilik tidurnya itu.  Sekembali dari kampus, dia belum menjamah sebarang makanan.  Tekaknya seakan sakit bila cuba menelan sesuatu.  Sakit dan pahit.  Sama seperti apa yang dirasakan.  Rindu yang menggunung sering bermaharajalela dibenaknya.  Dia terduduk lesu.  Pandangannya beralih kepada katil yang kosong dipandang sepi.  Perlahan-lahan  dia bangun dan melangkah longlai dan duduk dipenjuru katil yang bersederhana besar itu.  Lantas, tangannya mencapai  bantal pemberian arwah yang berbentuk hati yang berada di tepi katil tersebut. Bantal itu adalah bantal tanda cinta mereka berdua.  Ingatannya kembali segar pada peristiwa dua bulan lepas....


"Kalau rindu abang nanti, Sofi peluk bantal ni kuat-kuat tau."  Shah meletakkan sebiji bantak berbentuk hati ke atas ribanya.  Oh! itu ke suprised yang dikatanyan Abang Shah ni? So sweet.. detik hatinya.

"Ada ke macam tu? Tak de maknanye lah. Sekarangkan dah ada handphone, facebook, twitter, msn, internet.. apa susah-susah, Sofi call je lah. hihihi" Jawabnya selamba.  Memang dia ni tak suka show off apa yang dia rasa pada seseorang. Dia lebih suka berlagak biasa.

"Tengoklah nanti, satu hari Sofi mesti rindu kat abang sangat-sangat. benda tu semua tak boleh pakai punya.." Jawab Shah.

"Iye ke?" Soalnya.

"Iye..." Jawab Shah sambil tersenyum.

Sakit, pedih... itulah yang dirasakannya.  Airmatanya kembali mengalir. Dan pada bantal itulah dia menangis semahu-mahunya sehingga dia puas dan terlena.  Hanya itulah cara dia nak hilangkan segala kerinduan dan kesakitannya.


Ketukan di pintu mengejutkan Sofea yang terlena.

'Aku bermimpikah?'  Soalnya sendiri.  Dia berharap apa yang terjadi semua hanya mimpi.

'Sekarang aku dekat mana...... '

'Allah...Aku bukan bermimpi rupanya.' Hatinya kembali pilu apabila melihat keadaan sekeliling bilik yang masih sama.  Dicubanya megigit jarinya, terasa sakit. Keluhan lahir dari bibirnya. 'Ya ALLAH... Tabahkanlah hatiku, tempatkanlah Abang Syah di kalangan orang-orang yang beriman, Amin!' seiring itu air matanya mengalir perlahan.  Airmatanya seakan begitu murah sekali saat ini...

"Sofea...Sofea? Dah bangun ke nak? Solat Maghrib dah nak habis ni." kedengaran suara Encik Idrus dari luar bilik.

"Iye yah.. Sofi nak solat ni." Dia membalas. lantas melangkah ke bilik mandi.  Mampukah dia menjalani kehidupan ini tanpa tunangnya di sisi.  Hati Sofea kembali kosong. Dia mempercepatkan langkah, dia ingin meluahkan segala-galanya kepada-NYA. Dia percaya, hanya DIA tempat sebaik-baik untuk mengadu....





0 ulasan:

Catat Ulasan

Blog contents © : Hanna Fathiah : 2010. Blogger Theme by NymFont.